Thursday, March 31, 2011

penyertaan telah ditutup! harap maklum..

~autopublish @ 11.59pm, 31 mac 2011 ~

alhamdulillah.. akhirnya 'look a like contest' sudah berakhir dengan jayanya seperti masa yang telah ditetapkan. sebarang penyertaan selepas entry ini dipublish tidak akan dilayan ye.. thanks to all contestant yang sudi join contest yang x seberapa ni. pihak penganjur ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang contest ini berlangsung.

fyi, selepas senarai penuh dipublish, akan ada tambahan masa lagi untuk para juri membuat penilaian bagi menentukan pemenang. memandangkan para juri mempunyai komitmen yang tinggi pada kerjaya mereka, harap para contestant dapat bersabar ye.. ;P sebarang perkembangan mengenai contest akan diupdate dari masa ke semasa, insyaAllah..

happy berblogging!

'Look a Like Contest' by Ummiaqeef & Mom's Diary

UPDATED! TAMBAHAN HADIAH UNTUK MOMMY!

bismillahirrahmanirrahim...

dengan segala hormatnya saya ingin merasmikan 'Look a Like Contest' by me & my fren, puan imah. beliau yang suggest untuk anjurkan contest ni sbb nak sponsor hadiah. oleh yang demikian, saya mengalu-alukan penyertaan anda yang mempunyai anak seiras anda/pasangan untuk sama-sama memeriahkan lagi contest yang x seberapa ni. *ayat surat rasmi gitu*


syarat-syaratnye adalah seperti berikut:

1) mesti ada blog dan follow blog Ummiaqeef dan Mom's Diary
2) buat entry contest yang bertajuk 'Look a Like Contest' by Ummiaqeef  & Mom's Diary dan link kan this page dalam entry anda.
3) letak gambar banner dlm entry dan gambar seiras anda dan anak / pasangan dan anak beserta nama parent, nama anak dan umur anak. (max 4thn)
4) tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry contest ini
5) tag 2 orang rakan anda


2 pemenang sahaja akan dipilih oleh 2 orang juri iatu owner blog sponsor, puan imah (Mom's Diary) dan sorang lagi rakan kami, mrs. zach (dilantik). 
contest berakhir pada 31 Mac 2011.

1st prize  :
buku bedtime rhymes + set alatulis
tudung rose for mommy (black)

2nd prize :
buku bedtime rhymes + set alatulis
tudung rose for mommy (dark brown)


hadiah menarik utk mommy!
kalau daddy yg menang pun dapat kat mommy jugak ye,hehe..

*tudung rose 3 segi bought from prettyintownshoppe*

Good Luck!

nota ummiaqeef : jgn lupa terjah GA mrs. zach sponsored by Mom's Diary lagi.

melawat nur natasha hani..

petang smlm lepas balik keje g melawat nur natasha hani, anak eza cum opismate cum jiran depan blok. sekarang ni masih berpantang lagi dah lbh sebulan dah. ada lg 2 bulan nak masuk opis, hehe. haritu dah dtg smggu lps bersalin, ni 2nd time. datang2 je disambut oleh ms curly (auni, anak 1st beliau), rindu sama dia, hehe..

aqeef pun rindu sama rakan sepengasuh dulu, so dia amik peluang ni berdating, amboi, makan bersuap lg kau!

 bukan main lagi, mak borak anak makan suap2 lg, hehe

 
dapat solivite dr auntie eza. auni siap nak ikut balik lg, sian dia..
 
 ni la nur natasha hani dah berusia sebulan lebih..
tabiat : meneran. x paham skit2 buat gaya meneran, haha 

nota ummiaqeef : shin, eza dah kurus beb, hehehe...

Wednesday, March 30, 2011

dinner saya..

harini hubby i mc, x sihat. mase balik keje ptg td singgah umah opismate yg sedang berpantang jap depan blok. dlm 6.45ptg baru balik rumah. tgk2 hubby dah masak nasi. so, kena la masak lauk kan. niatnye x nak mkn nasi mlm ni. so masak dinner utk hubby and aqeef je la.

keluntang2 siap la kangkung belacan, sambal sotong dan ikan tenggiri goreng (non ado pic). dan demi menunaikan niat ni x mau makan nasi, saya cume dinner ni je..

nescafe + egg tart dan blueberry cheese tart

nota ummiaqeef : ada balance nasi, esok kalau sempat bole bikin nasi goreng kg, huhu..

blueberry & strawberry cheese tart

lunch time td shinnaz ajak g baker's cottage, dia nak beli cream puff. i pulak nak beli egg tart dan blueberry cheestart.. (^_^) sampai sane terus sambar, slalu pegi ptg dah abis egg tart tu. gambar egg tart x amik pulak, hehe.. x sabar nak mamam, hihi..

blueberry & strawberry cheese tart

nota ummiaqeef : nak buat dinner lah, sila percaya.. haha.

attention to all contestant look a like contest!!

uolls ada lg sehari je utk join. tarikh tutup 31 mac 2011 ye. so kepada sesape yg nak join, sila berbuat demikian sebelum penyertaan ditutup.. ;P

setakat malam td dah ada 51 contestant yang dah join. jenuh gak nak upload pic tu, harap2 para juri x pitam nak judge nanti, haha.. saya pun berpinar mata.. kasi up skit pic2 contestan..











nota ummiaqeef : naik juling bijik mata ni, ekekeke..

artwork @ school

smlm mase hantar aqeef g school ternampak board kat luar tu ade tampal2 artwork budak2 kat situ. saje cari nama aqeef, gambar buah,hehe. main tampal2 kertas kaler.



tetibe teringat zaman sekolah rendah dulu mase kelas pendidikan seni. cat belimbing yg dah potong dgn water colour pastu cop kat kertas lukisan. jadila bentuk bintang,hehe. mcm2 bahan bole buat, seronok..

Tuesday, March 29, 2011

hari yg bz..

letih la harini bz skit, x sempat nak update blog kat opis. bos ada susah skit nak curi2 update,kejap2 panggil, kejap2 suruh call org tu org ni. masa amat terbatas gitu. ptg td pun balik lambat, sempat gak singgah pasar tani. mintak hubby amik aqeef kat school.

nak tau citer x, ptg td mase bos minta taip emel pada sorg officer ni. dia berdiri sebelah saya bersama officer lain. tetibe dah taip separuh pc hang pulak,terus xleh nak taip. puas saya click2 last2 hang kat page internet. terpampang fb, ym, blog sume tu. haih! time ni la nak jadi cmtu. gabra giler, kantoi ngan bos,hahaha.. siap dia tanye, 'mane yg i suruh taip td?' saya jwb, hang la pc saya, xleh click ni. giler gelabah.. cuak sey...padan muke aku! tp lepas close page tu satu persatu baru ok.. feuw! (sambil lap peluh di dahi). dan2 tu bos offer pc dia dlm bilik nak kasi saya sbb pc saya dah lame katenye, huhu.

weekend haritu singgah tepi jalan ade jual dragon fruit. hubby je turun beli, sekali dia beli 5kg, hambik ko! sape nak makan bebanyak tu..merasalah hadap buah ni hari2 buat desert. buat jus sedap gak ni kan..


Monday, March 28, 2011

aqeef new hair style..

morning...

hari isnin mmg malas kan nak g keje? ke saya je camtu? haha.. tambah pulak bos xde harini, outstation.. lagi lah double malasnye..hehe..dah b'fast ke? harini saya makan roti tampal sama dragon fruit (bawa dr rumah),ewah.. dah boring x tahu nak makan ape pepagi. asik² mihun, nasi goreng, lontong, roti canai,huhu.. mane x makin bambam..

nak update blog pun malas. huhu.. tp gagahkan juga menaip sepatah dua kata.. sambil² fb and chatting jugak ni. dari td x siap² taip entry.. entry pemanas pagi ni dimulakan dgn pic terbaru my aqeef..

amacam, ok x?

slalu asik botak je.. sabtu baru ni abah aqeef nak g gunting rambut. saya suruh bawak aqeef skali, gunting rambut dia yg dah panjang. rimas pulak tgk siap pesan jgn botakkan lg.. hehe.. maklumlah rambut tepi dia dah sampai termasuk² kat telinga. saya pun duk rumah buat keje rumah ape yg patut. ptg tu aqeef balik dgn style rambut baru, huhu..mak suke!

nota ummiaqeef : blm ade rezeki lg..2 bln tak dtg tetibe smlm 'dia' dtg.. :(

Thursday, March 24, 2011

earth hour 2011

tadi dpt mms dr hotlink pasal earth hour ni. 'join the global community & switch off your lights from 8.30 pm - 9.30pm on 26 March 2011'.


teringat tahun lepas mase tu saya kat rumah akak saya di serdang. family sume datang sini, so saya tido kat rumah akak saya. dia duk apartment, bile intai kat tingkap majoriti tutup lampu la. golap je..hehe. tahun ni diadakan pada 26 mac ni, hari sabtu. jom pakat reramai tutup lampu sabtu ni!

nota ummiaqeef : seb baik tutup lampu je. kalau tutup elekrik, pengsan!


pembantu rumah saya..

walaupun x pandai lipat kain tp pandai pass baju kat saya pun jadi la.. senang gak keje kan. ade pembantu tolong kuarkan baju dari hanger, hehe. tp nape ganas semacam je bagi baju tu nak oi, mcm x ikhlas je? manyak songeh la mak kau ni.. org dah tolong kira ok ape..hihi



nota ummiaqeef : dapat anak bujang rajin camni pun dah bersyukur.. yg ni menurun ummi dia. matilamak perasan rajin!  ;P

calciyum choco-berry

aqeef adalah penggemar calciyum. x kisah la yg perasa vanilla, strawberi, mangga, grape or choco-berry. kadang saya pun rasa jugak skit, dap gak.. ekekeke.. yugort dan minuman yogurt tu pun dia suke, x kisah la brand ape pun. layan pic aqeef makan calciyum ni..


 



 

kalau pegi belanja barang rumah mesti beli calciyum ni. x cukup 1 kalau makan, bedal sampai 2 terus. anak uolls suke makan calciyum ni x? elok ke x ek?

entry 3 para

morning...

pagi ni x beli b'fast kat opis coz dah makan coco crunch kat rumah. tetibe bgn pagi td lapar pulak. 2 hari ni tido lambat je duk layan dvd pinjam dr shinnaz. mlm td tgk x habis sbb mata dah x bole tahan nak lelap, takut overslept pulak.. mata dah start pedih² je ni, aqeef pun join skali tgk sampai kan pagi td dia liat nak bgn.

smlm bz yg amat sampai x sempat nak berblog. BW pun mane yg sempat je, kat rumah pulak hubby conquer laptop main game kat fb. duk layan dvd je la mlm td.

petang smlm hubby janji nak masak for our dinner. menu sardin dengan telur dadar je. walaupun simple tp bile suami yg masak, mesti la sedapkan. haha. x sempat nak snap gambar dah kena sambar.

k la, entry pemanas enjin je ni. selamat berblogging bekerja!

Tuesday, March 22, 2011

sambal petai kering or sambal kering petai?

semalam balik keje shinnaz kasi petai ngan strawberi. dia holiday di cameron last weekend. ada kisah di sebalik sambal petai ni sebenarnya. last week suami i request sambal petai kering sbb dia ternampak ada petai yg saya beli mase weekend yg lepas-lepas. waktu tu kami text kat hp je waktu keje. disebabkan petai tu saya x sempat nak masak sampai dah kering so saya text balik, mane ade petai? suami reply, haritu ada nampak kat dapur? saya reply lg, petai tu dah x elok, dah kering.. suami breply lg, sbb tu nak sambal petai kering.. cet! perli nampak.. sentap yg x berapa nak sentap, haha.

so disebabkan suami dah request haritu dan dpt pula petai smlm. terus saya cover balik la kekdahnye, hehehe.. smlm mase kupas petai tu, suami tegur, mana datang petai? saya, shinnaz kasi, dia baru balik CH.. sambil kelentung kelentang kat dapur. so, our dinner makan nasi panas + telur mata ngan sambal petai tu je. sedap jugak, 2x tambah. haha. mmg non ado dietnye.. suami g main badminton, balik baru dia makan.


tu dia...sambal petai kering ke sambal kering petai? terliur lg ni..huhu.. gambar ni diambil setelah saya bedal 2x, yg ni tinggal utk suami, ekekekeke..

hambik ko dlm kuali terus! hahaha

gambar strawberi lupa nak snap, ada dlm peti lg. nanti nak pk nak buat ape pada strawberi tu. huhu..thanks shin! rezeki yg dikongsi bersama..

bersifat agresif yang membingungkan..

morning.. pepagi bgn tido tgk dah ujan. patut la sejuk je pg td. 1st of all, thanks to my friends yg doakan aqeef (rujuk entry smlm). balik keje smlm tanye kat teacher, aqeef xde muntah pun kat school. makan ok, susu pun ok.. lega hati saya tp yg buat saya pelik smlm dia jadi agresif dan pendiam. org tanye x nak respond, senyum pun tidak. shinnaz tumpang balik smlm, pastu dia nak tegur sambil pegang aqeef, tp aqeef bertindak agresif dgn menyentap tgn dia. saya tegur pun dia buat mcm tu. mcm² perangai bebudak ni.

sampai kat parking rumah dia start tantrum (buat perangai). ngada² buat suara rengek x nak turun kete. dia ajak g taman permainan tp x nak main pulak. nampak pulak akak jual gula kat pondok tu, nak lolipop belikan la 10sen je. terus pimpin dia balik rumah xde sbuk nak main kat taman. masuk rumah bile abah dia panggil buat x layan je. nak dgn ummi langsung x nak ngan abah. pastu nak duduk kat riba ummi sampai ummi nak mandi pun x bole. tension jugak la last² mase nak masak ptg tu dia pun nak duduk kat dapur sampai habis masak.

tp tgk makan alhamdulillah dah ada selera..makan nasi pastu nak makan biskut lemak cicah milo panas. berselera tgk dia makan sbb smlm langsung x nak makan. bile makan skit kuar balik. sambil tgk tv sambil main bekas air, duk minum air skit² dr setiap botol. padahal nak main bekas air tu je kot. baring kat kite pun serba x kena, nak merengek je. pastu tertido kat sofa depan tv. x lame tido tu dia terjaga mcm mengigau menangis² x tau ape yg dia ckp. dukung x kena, duduk x kena, pujuk pun same. ilang akal dah saya. last² ajak masuk bilik tido pun lg dia melalak. last² pujuk dia bg minum air, popok² peluk² baru dia lelap. kalau hari² mcm ni pitam mak kau..

sume air kat dlm bekas tu dia nak minum..

nota ummiaqeef : adakah dia bersikap begitu disebabkan sesuatu atau perkara normal?

Monday, March 21, 2011

muntah-muntah?

dari pg smlm asik muntah² je tp x kuar ape. bgn tido smlm dah rase lain mcm, rase perut memulas, terus termuntah. kuar lendir putih je sbb x makan ape². makan x lalu, minum lagi la.. bole masuk air masak je.. mmg lemah giler smlm, melepek je..


eh, eh ape ni? sape yg muntah ni? bukan saya la.. tp aqeef..ekeke. dia bgn tido ckp 'kit yut' (sakit perut). terus dia meluek.. byk kali gak dia muntah sampai ke malam. x tahu pasal ape. nak kata food poisoning, xde pulak dia cirit. nak kata demam, x panas pun badan dia. ptg smlm g klinik, doct kata maybe terkena infection kot dia ada termakan/tertelan sesuatu. ye la, kan kadang kotor² pastu masuk tgn dlm mulut. dapat ubat tahan muntah, angin, selsema dan batuk skali. mujur aqeef suke makan ubat sekarang ni.

tgk pagi td aqeef mcm dah ok skit, xde pulak muntah. dia bgn tido terus nak air ribena ngan makan roti gardenia coklat tu. pg td saya bgn awal masakkan bubur utk aqeef, bekalkan dia g school sbb doct kata kena bg dia mkm bubur. harap² aqeef ok dan x muntah lg.. sedih tgk x mau makan ape dr smlm. makan skit kuar balik. minum skit kuar sampai bawak plastik spare g klinik. dlm kete pun meluek. merah² muka dia. hope aqeef cpt sembuh, jap lg nak call taska nak tanye keadaan aqeef.


amacam, ada bau kedai x? ekekeke..


Thursday, March 17, 2011

saya peneka paling tepat dan terpantas 'cer teka' anjuran ibuayu..

rezeki harini menang cer teka ibuayu.
jawab main hentam je tp betul dan pantas, huhu..
tq kak..x sangka bole betul,hehe..

entry kemenangan kat sini




TQ ibuayu!!

dah ada solution utk susu aqeef..

kesinambungan dari kisah susu aqeef baru² ni, saya try buat susu anmum baru tu campur milo skit mase dia mintak susu smlm petang. saya tgk dia minum sampai habis. means dia bole terima susu tu campur milo. mlm td pegi carrefour cari gak susu lain. saya try nespray sbb sblm ni aqeef pernah minum nespray kawan sepengasuh dia mase saya lupa bawak susu dia. makcik pengasuh kata aqeef x nak minum susu budak sorg lagi, budak tu minum dugro. mmg awal² lg dia dah reject dugro sbb pernah mintak kawan opis susu dugro anak dia skit dan aqeef minum terus nak muntah. tapi try susu yg sorang lg tu dia nak minum. budak tu minum nespray tu yg nak try bg aqeef tu.

malam tadi beli pek kecik tu rm14 ++ kot. mlm td saya buatkan dia tp dia x mintak mase tu maybe dia x nak minum susu. tp saya saje je buatkan kasi dia minum. keputusannye......................
.
.

.

.

.

.

.

.

.

.


dia minum tp x habis la..saya rase dia bole terima kot sbb xde pun aksi meluek / nak muntah. agaknye rase susu tu nak same ngan anmum tu kot sbb saya ada try rasa, hehe.. kalau betul dia bole terima susu tu bole teruskan je la kot. dlm mase yg sama bg jugak susu anmum baru + milo tu sbb ade stock lg setin kat rumah.. thanks buat kawan² yang membantu.. ;P

:: LABEL ::

2nd jr. (5) aidilfitri (3) aqeef (70) avent (1) award (11) baking (1) bebel (1) besday (4) BFF (4) blogger (1) blogging (16) car (2) contest (51) course (3) emo (8) family members (7) FB (1) friends (3) geng gedix (14) gosip (1) hang out (36) hometown (2) hubby (7) iklan (1) info (17) internet (1) makan2 (24) masak2 (9) me (26) me hubby (3) muvie (10) my family (27) my stuff (10) newborn (1) no idea (8) nuffnang (3) opis (31) parenting (21) personal (12) pregnancy (9) ramadhan (2) random (5) reward (1) rumahku syurgaku (7) sales (5) shopping (13) tag (12) taska (6) vacation (4) video (6) weekend (2) wordless (2)

:: FOLLOWER ::

"MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST"

"MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST"
until 11 June 2010

THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST

THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST
i win consolation prize