Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

sale! sale! MATTA Fair!

11-21Aug 2011 : AsiaBrands Stock Clearance

11-21 August 2011

AsiaBrands Stock Clearance

70% Off

Brands Offered
Diesel
BUM Equipment
Anakku Junior
Disney
Mickey Mouse & Friends
Audrey
Products Offered
Baby
Kids
Adults
Time : 11am to 11pm
Location (Tel 013 270 2928)
Kompleks Kejiranan
Percint 16
Alamanda
Putrajaya
(Near Alamanda Shopping Complex)

Friday, April 8, 2011

7-10 Apr 2011 : Malaysia International Shoe Festival 2011

kepada penggemar kasut sekalian,



7-10 April 2011

Malaysia International Shoe Festival 2011

Shoes! Shoes! Shoes!
with Professor Jimmy Choo

Festival of Shoes
Sport Shoes
Casuals
Stilettos
and more

Time :
7Apr : 1030am – 630pm
8-10Apr : 1030am – 830pm

Location
PWTC
Kuala Lumpur



nota ummiaqeef : ada rakan sanggup cuti semata-mata nak soping kat festival ni harini.. huhu..sgt jeles!

Thursday, March 24, 2011

earth hour 2011

tadi dpt mms dr hotlink pasal earth hour ni. 'join the global community & switch off your lights from 8.30 pm - 9.30pm on 26 March 2011'.


teringat tahun lepas mase tu saya kat rumah akak saya di serdang. family sume datang sini, so saya tido kat rumah akak saya. dia duk apartment, bile intai kat tingkap majoriti tutup lampu la. golap je..hehe. tahun ni diadakan pada 26 mac ni, hari sabtu. jom pakat reramai tutup lampu sabtu ni!

nota ummiaqeef : seb baik tutup lampu je. kalau tutup elekrik, pengsan!


Thursday, February 10, 2011

GEMUK menurunkan potensi kesuburan?


pagi td beli majalan mingguan wanita. cover majalah tu gambar pengantin ayu raudhah & zaquan adha. biase kan saya kalau nak beli majalah mesti tgk model coverpage majalah tu. haha. kejam x? pastu ade tajuk kat coverpage tu yang menarik perhatian saya nak beli. (seperti tajuk entry).

td mase selak² helaian tu terjumpa page tajuk ni. ckp pasal gemuk saya perasan skarang ni mmg dah gemuk. jeans dah ketat. kena berusaha turunkan berat badan ni. tp pelik lah, lemak ni dah tepu agaknye. bile timbang x berubah pun? oh no! masalah berat badan saya dah kritikal ni. kena buat sesuatu utk kurangkan kilo. antara caranya ialah :
i) perbaiki pola pemakanan atau pantau diet harian - adoi,ni masalah paling susah ni.
ii) ambil air kosong secukupnya - ni bole tahan lg.
iii) cukupkan istirahat - balik rumah nak rehat la. suami, sila bantu saya buat kerja rumah.
iv) rutin senaman - jom bersenam! lame dah x bersenam.

nota ummiaqeef : shin, bile nak jogging lg ni? sekali je haritu dah pancit. hahaha.


Wednesday, January 12, 2011

Wear RED clothing to get free meal @ KR

baru perasan la iklan ni hari ni. kalau tau pakai pakaian merah hari ni,hehe. bole dpt meal percuma.

buy 1 kenny's quarter meal = FREE = 1 kenny's quarter meal..


Time to don RED all over again this 12 January 2011 as the annual ROASTERS Eating Day (RED) is back!  Wear RED – the colour of life, to celebrate good health and vitality through good eating and healthy living with Kenny Rogers ROASTERS (KRR).

The ticket to a year full of vitality starts with an active lifestyle fueled by a wholesome and healthy diet. KRR is in support of maintaining your resolution to a healthy 2011 for you and your loved one. Celebrate health and vitality by wearing something RED to any KRR restaurant and get two (2) Kenny’s Quarter Meals for the price of one.

Whether it is a RED lipstick, cap, t-shirt or trousers, celebrate health and vitality of you and your loved one or friend by wearing RED – the colour of life to KRR!

Visit the KRR restaurant nearest to you and enjoy this gift of health!
Forward this message to as many friends as possible to show that you care for them!
.......................................................................................................................................................................................................................................

sumber : shopping n sales

nota ummiaqeef : sape pakai pakaian merah jom makan ngn saya..hehe

Friday, June 18, 2010

Saiful Apek, lima rakan bebas reman




SAIFUL Apek dibebas selepas direman lima hari di  IPD  Subang Jaya, semalam.
SAIFUL Apek dibebas selepas direman 
lima hari di IPD Subang Jaya, semalam.
 
2010/06/18

Polis puas hati siasatan kes dadah

KUALA LUMPUR: Pelakon komedi terkenal, Saiful Apek, 41, atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamad Yusoff yang ditahan bersama lima rakannya kerana mengambil dadah di sebuah rumah di PJS7, Subang Jaya, Sabtu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata pelakon komedi itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya selepas keterangannya diambil. “Tempoh tahanan reman pelakon itu dan kawan-kawannya tamat hari ini (semalam) dan polis berpuas hati dengan siasatan setakat ini. Walaupun mereka dibebaskan, tidak bermakna siasatan sudah tamat.

“Polis akan terus melakukan pemerhatian terhadap semua suspek,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Mengikut laporan akhbar sebelum ini, Saiful Apek diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dalam serbuan di rumah itu kerana mengambil dadah bersama rakannya, termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an.

Dalam serbuan jam 10 malam itu, polis turut merampas 40 gram daun kering dipercayai dadah jenis ganja.
Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakannya kemudian mendapati semua mereka positif dadah.

Semua suspek kemudian direman selama lima hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Saiful Apek pernah dinobatkan sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003. (sumber - BeritaHarianOnline)


nota ummiaqeef : dah la i suke lawak dia..x kering gusi kalau tgk aksi dia.. hehe

Thursday, June 17, 2010

Wanita potong kemaluan suami curang????

2010/06/17 

NEW DELHI: Seorang wanita yang marah kerana suaminya berlaku curang telah memotong kemaluan lelaki itu sebagai satu pengajaran, demikian menurut laporan media tempatan hari ini.

Kejadian berlaku di daerah Bholath di Punjab pada Selasa apabila wanita itu, yang dikenali sebagai Baby, telah memasukkan ubat pelali dalam minuman keras yang dihidangkan kepada suaminya, Jaspal Singh.

Pada malam itu, wanita berkenaan memotong kemaluan suaminya dan kemudian melaporkan kepada polis. 

Timbalan Penguasa Polis Bholath, Mohinder Singh, berkata doktor berjaya menjahit semula kemaluan Jaspal Singh tetapi keadaannya dilaporkan masih serius.

Polis telah menahan Baby dan akan mendakwanya dengan tuduhan cuba membunuh.
Pasangan itu mempunyai tiga anak tetapi rumah tangga mereka dikatakan mengalami masalah disebabkan kecurangan lelaki itu. - BERNAMA - sumber dr berita harian online

utk maklumat lanjut klik di sini 

nota ummiaqeef : macam² hal sekarang ni..huh!

Wednesday, June 16, 2010

Wanita 66 tahun lahir anak kembar 3??

INDIA: Seorang wanita berusia 66 tahun, Bhateri Devi akhirnya melahirkan dua bayi lelaki dan seorang perempuan selepas gagal memperoleh zuriat setelah 44 tahun berkahwin. 


BHATERI dan tiga anak kembarnya.
 
BHATERI dan tiga anak kembarnya.
Suaminya, Deva Singh, 64, gembira kerana Bhateri sudah menunaikan impiannya untuk mendapat anak.
“Bhateri isteri pertama saya dan selepas gagal memberikan zuriat, saya berkahwin lagi tetapi isteri baru saya juga tidak dapat melahirkan anak,” katanya.

Devi dari daerah Madina di Rohtak, utara India menjalani kaedah rawatan IVF di Pusat Kesuburan Kebangsaan di Hisar, klinik yang sama di mana Rajo Devi Lohan, ibu tertua di dunia melahirkan anak pada usia 70 tahun 18 bulan lalu. “Bhateri gembira menjadi ibu buat kali pertama selepas hamil pada percubaan kali ketiga,” kata Dr Anurag Bishnoi. - Agensi - (sumber dr Harian Metro Online)

nota ummiaqeef : terkesima saya baca berita ni tadi..hohoho! saya sgt teruja!

Monday, May 24, 2010

tips supaya perut tidak moncet or boroi..

semalam saya menonton rancangan pakar kejeliataan di astro ria..
xtau la rancangan ulangan ke hape..
pastu ada consultant london weight management tu bg tips..
supaya perot tidak moncet / boroi..
secara rambangnye dia ckp camni :
~ jgn dinner 2 jam sblm tido 
~ jgn minum byk air di waktu mlm utk elakkan gemuk air
~ kurangkan makan makanan berkolesterol 

note ummiaqeef : camane nak kempeskan perut kalau mkn malam tiap² hari kul 8pm..tido kul 10pm..patutla byk lemak di perut saya..oh no!


Friday, May 21, 2010

suami dajal - tendang perut isteri dalam pantang

YAN: “Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya nak ambil kereta,” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di Pulau Pinang, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan.

Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain.

Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya.

“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan.
“Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.

Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan.

“Dia mengheret saya ke depan tempat letak kereta dan menendang muka saya. Ketika itu dia memakai kasut but dan tendangan itu menyebabkan saya pengsan selama sejam di situ,” katanya.

Che Azaini yang kini menetap di Guar Chempedak berkata, dia ke Pulau Pinang bersama kakak angkat dan anaknya kerana bimbang perkara buruk berlaku.

“Nasib baik kakak angkat ada di situ. Dia yang menghantar saya ke tempat kerja suami kerana kasihankan saya menanggung sengsara sendirian.

“Selepas tersedar pengsan kira-kira jam 11.30 malam, saya hubungi kakak angkat memaklumkan kejadian itu.

“Dia menghantar saya ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan kerana saya masih dalam berpantang sebelum dirujuk ke Hospital Yan,” katanya sebak.

Che Azaini Suyana yang terkilan dengan suaminya, pasrah dengan apa yang terjadi kerana masalah mereka berlarutan sejak empat tahun lalu.

“Saya banyak bersabar melayan kerenah dia. Saya tahu dia ada hubungan dengan wanita lain sebab itu dia tidak ambil peduli kami dan enggan memulangkan kereta saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Perai.

Sementara itu, jurucakap polis Seberang Perai Tengah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata siasatan masih dijalankan. - sumber dr harian metro


note ummiaqeef : nauzubillah..inikah dikatakan suami?? pikir²kan lah..malas nak mencarut di pagi jumaat ni..

Tuesday, May 11, 2010

Demam Bagus Untuk Bayi??


Ramai ibu bapa risau anak mereka dijangkiti demam. Namun begitu, ada kajian mengatakan bahawa demam sebenarnya memberi kebaikan kepada kesihatan anak. Kajian yang dibuat mendapati bayi yang mengalami demam dua kali atau lebih ketika tahun pertama, mereja kurang berisiko mendapatkan alahan seperti Eczema dan Asma. Ramai yang beranggapan terlalu melindungi anak mereka adalah satu perkara yang perlu dilakukan oleh setiap ibu bapa. NAmun, sebenarnya badan bayi perlu didedahkan sedikit kepada bakteria dan virus untuk menguatkan sistem imunisasi dalam badannya. - sumber drpd majalah mami & baby

from :
ummiaqeef yg selesema, batuk dan macam nak demam ni..
puh! puh! go away!

Friday, May 7, 2010

Kebesaran jiwa seorang ibu (True Story)....pls read

sangat touching this emel..
 (klik pd pic utk gambaran sebenar)



dan

~ gambar sebenar baby tu ~
note ummiaqeef : sedihnye..isk..isk..selamat hari ibu utk semua ibu di dunia ni..!

Tuesday, May 4, 2010

lawak atau fakta???

pagi ni mase saya duk check emel terpandang kat emel ni..
agak uolls ini adalah satu lawak atau fakta??
tapi perkara ini yg sering berlaki di kalangan suami isteri kini..
mintak dijauhkan la..puh! puh!!
sila bace dr atas ke bawah..
kemudian bace pula dr bawah ke atas.. ;P
.
.
.
.


note : smlm langsung x update blog sbb tgh sedey.. : (

Thursday, April 29, 2010

newborn baby..

hari ni bukan saja anniversary keje saya..
tp juga hari lahir anak buah baru saya..
iaitu anak kepada akak ipar aka akak hubby saya..
hubby saya sms td bgtau akak dia dah bersalin operate..
sebab baby tu songsang..
wah,masuk yg ni dah 5 anak dia tp 4 kali bersalin je..
coz anak 2nd n 3rd  tu twin..skang dah darjah 4 kot..
1st boy..2nd n 3rd girl, 4th girl n 5th ni boy..
xtau la ade lg ke x pasni..hehe
congrate tu my sis in law..cikgu aton..
ptg ni nak g tgk dorg kat hospital putrajaya..

p/s : bertambahlah cucunda pak rahim dan cik edah lg sorg..11org kesemuanya.. ;P


Wednesday, April 28, 2010

berita malang..

pagi td saya terima sms dr wife rakan hubby saya..
katenye kete hubby dia kene bawak lari dek penyamun..
ceritanye mlm smlm hubby dia balik kg kat pahang..
tp wife dia x ikut pasal ade kursus kat sini..
pg td dpt berita rumah mak hubby dia aka mertua dia kene samun..
penyamun tu siap ikat kaki n tangan penghuni rumah tu..
siap hubby dia kene tumbuk bagai dek penyamun tu..
(slalu tgk dlm tv je kan..skang berlaku kat kawan sendiri)
kuang ajaq punye penyamun..
dah la menyamun,pukul org pulak..
siap bawak lari kete..wallet..hp sumer org dlm rumah tu..
brengset supir kebabom keceper betul la..
sian kat kawan hubby i tu..
dah la sblm ni kete dia tu baru kene pecah dek penyamun kat sini..
balik kg kene kebas lak dek penyamun kat sane..
malang sungguh nasib dia..tp mujur nyawa selamat..
harap dia tabah hadapi dugaan ni..
mane tau xde rezeki dia kali ni..
nti dpt rezeki lg besar sape tau kan??

p/s : semoga penyamun2 tu terima pembalasan satu hari nanti..


Wednesday, January 21, 2009

DuDuK LaMa DePaN KoMPuTeR BoLeH BaWa MauT??


Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom

Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran
darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit
dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam Rawatan Biasanya pesakit dirawat dengan ubat
yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti
heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah
beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan
pembentukan darah beku yang baru. Jika pulmonari embolisme
yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan
menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari
sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

sumber: zulkiplyharun




FaVouRiTe eMeL oF tHe YeaR

A man was sick and tired of going to work every day while his wife
stayed home. He wanted her to see what he went through so he prayed:
'Dear Lord:
I go to work every day and put in 8 hours while my wife merely stays at home. I want her to know what I go through.
So, please allow her body to switch with mine for a day.
Amen!'

God, in his infinite wisdom, granted the man's wish.
The next morning, sure enough, the man awoke as a woman.
He arose, cooked breakfast for his mate,
Awakened the kids,
Set out their school clothes,
Fed them breakfast,
Packed their lunches,
Drove them to school,
Came home and picked up the dry cleaning,
Took it to the cleaners,
And stopped at the bank to make a deposit,

Went grocery shopping,
Then drove home to put away the groceries,
Paid the bills and balanced the check book.
He cleaned the cat's litter box and bathed the dog...
Then, it was already 1P.M.
And he hurried to make the beds,
Do the laundry, vacuum,
Dust, And sweep and mop the kitchen floor.
Ran to the school to pick up the kids and got into an argument with them on the way home. Set out milk and cookies and got the kids organized to do their homework. Then, set up the ironing board and watched TV while he did the ironing. At 4:30PM he began peeling potatoes and washing vegetables for salad, breaded the pork chops and snapped fresh beans for supper.

After supper,
He cleaned the kitchen,
Ran the dishwasher,
Folded laundry,
Bathed the kids,
And put them to bed at 9 P.M .
He was exhausted and, though his daily chores weren't finished, he went to bed where he was expected to make love, which he managed to get through without complaint.

The next morning, he awoke and immediately knelt by the bed and said: -
'Lord, I don't know what I was thinking.
I was so wrong to envy my wife's being able to stay home all day.
Please, oh! Oh! Please, let us trade back.
Amen!'

The Lord, in his infinite wisdom, replied:
'My son, I feel you have learned your lesson and I will be happy to
change things back to the way they were.
You'll just have to wait nine months, though.
You got pregnant last night.'

This has been voted Women's Favourite E-mail of the Year!

:: LABEL ::

2nd jr. (5) aidilfitri (3) aqeef (70) avent (1) award (11) baking (1) bebel (1) besday (4) BFF (4) blogger (1) blogging (16) car (2) contest (51) course (3) emo (8) family members (7) FB (1) friends (3) geng gedix (14) gosip (1) hang out (36) hometown (2) hubby (7) iklan (1) info (17) internet (1) makan2 (24) masak2 (9) me (26) me hubby (3) muvie (10) my family (27) my stuff (10) newborn (1) no idea (8) nuffnang (3) opis (31) parenting (21) personal (12) pregnancy (9) ramadhan (2) random (5) reward (1) rumahku syurgaku (7) sales (5) shopping (13) tag (12) taska (6) vacation (4) video (6) weekend (2) wordless (2)

:: FOLLOWER ::

"MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST"

"MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST"
until 11 June 2010

THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST

THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST
i win consolation prize