Thursday, July 29, 2010

redang...here we come!

morning...
hari yg ditunggu² sudah tiba...
saya dan shinnaz konvoi nak pegi redang mlm ni..

 (gambar cilok dr fb kak farah)

3D2N je..hari ahad balik ler..
supposed pegi 3 family termasuk mama_auni..
tp disebabkan perkara yg x dpt dielakkan beliau xdpt join... : (
x lengkap la geng gedix kami..hihi
xpela..next time kite pegi tmpt lain pulak ek...
mlm td dah bajet nak kemas baju ngan barang sumer..
tp smlm rase mengantuk sgt tertido awal..
sedar² je dah kul 5pg..gagahkan juga bangun..
sempat kemas skit² ape yg patut..
tetibe terdengar suara budak merengek..
dah meremang bulu roma i..ingatkan sape tadi..
rupen²nye aqeef cari saya..wat suspender je tau..haha
dia teman saya kemas brg + tlg sepah brg menan..aiyak..
n then dia suh teman tgk tv..layan la kejap..
baju aqeef dah kemas..baju saya dah susun atas tilam..tinggal masuk dlm beg..
baju hubby lak biar dia kemas sendiri..hehe..
so balik kang sure dia capai je baju mane² yg dia nak..
campak atas tilam..saya tinggal masukkan dlm beg je..
rasenye dah list sumer barang dan continue kemas balik keje nanti..
k la..doakan semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik ye..

nota ummmiaqeef : time nak jalan time tu la tumbuh jerawat besar kat pipi kiri ni..x suke..x suke!


Wednesday, July 28, 2010

cerita ikut suke den..

morning uolls...ngantuk la pagi ni..
pagi td jage kul 4lbh sbb aqeef nak minum air..
haus agaknye berpeluh²..
buatkan susu terus dia nak tgk tv pulak..
ajak tido dia xnak terpaksa la layan tgk tv..
skang ni nak kurang kan dia BF..
kalau boleh nak stopkan terus..
susu pun x byk dah tp dia still nak ngempeng (bahasa jawa)
almaklumlah lg 2 bln nak masuk 2thn..
mcm mlm td dia nak BF saya ckp kat dia sakit la xleh nenen..
cian gak tgk dia x jadi BF last² ajak dia tido..

berbalik pada citer dia bgn pg td tu..
lps menyusu dan tgk tv tu..
last² dia terlelap gak kat sofa tu..
i jugak yg x dpt lelap sbb dah kul 5.45pg..
sempat i basuh baju ngan goreng nugget..hihi
sambil tunggu mesin siap basuh i ngap nugget 2 ketui..
so pg ni bawak bekal nugget 4 ketui..
sbb 4 ketui lg buat bekal aqeef ke umah babysitter..
so,pepagi yg sejuk ni mata pun jadi layu...
seb baik bos i meeting dah pagi ni..
leh lirek² eh rileks² skit..

lately saya rasa mcm boros je..beli itu beli ini..
kadang² bile dah beli rasa menyesal pulak..hahaha..
dah la byk nak gune duit ni..nak g sane..nak g sini..adoi..
dah merapu meraban marang kerapu marang kepunden..
k la..nak buat kije jap..daaa..

nota ummiaqeef : mcm x best la entry xde gambo..

Monday, July 26, 2010

aqeef nak adik x?? "nanak!!"

afternoon..huh..lame x update..agak kekurangan mood utk berblogging..blogwalking je kebelakangan ni..kali ni nak citer pasal anak teruna i yg dah semakin banyak kemajuan..skrg ni dah bole ckp skit²..dah kenal kalau tunjuk org tu org ni..kalau ajar dia sebut bole ikut,tp word yg dia x leh ikut dia diam..hehehe

abah (bah)
bas / kpl terbang (baaa)
kakak
nenek
car
kuku (koko)
susu (cucu)
nenen
mamam
mama
papa
buah
nak
tak nak (nanak)
dan byk lg tp xkan nak tulis sumer..hehehe..

anggota badan dah kenal..suke tiru gaya iklan lg² iklan cadbory yg budak 2 org angkat² kening tu..dia buat kenyit² mata..suke citer hotel mania..x phm i tau..bole ikut arahan..cume nakal dan lasak yg amat..kat klinik haritu dia main rocking horse tu bukan setakat 1 je dia pegang malah 2 ok..budak lain nak naik dia x bagi..ade sorg uncle tu tergelak je tgk gelagat dia..siap tanye anak ke berapa?saya jwb, anak pertama..baru sorg..hubby i ckp,lasak sgt la bang..x larat..pastu uncle tu kate,kena ada kawan baru dia x lasak..ya kah?? 

erm...smlm saya tunjuk gambar baby kat majalah pa&ma..ckp kat aqeef,nak baby x? sambil tunjuk gambar baby kat cover majalah tu..dia ckp,"nanak"..saya tanye lg skali sambil nak cium gambar tu..dia pukul saya bertubi² sambil ckp,"nanak"..ehehehe...pegi umah MIL smlm,tgk cousin aqeef yg umo 3bulan..saya nak pegang pun dia tarik² x kasi..adoyai..jeles btl..agaknye,ape yg dia fikirkan ek? hahaha...lawak pun ade..


nota ummiaqeef : ape motif entry ni? hahahaha..bosan la..can't wait our trip this week..


Thursday, July 22, 2010

bapa jahiliah!

Benci dapat bayi perempuan

Oleh Hadzlihady Hassan

2010/07/22

AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.
Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.

Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian.

“Bayi berusia lima bulan itu diperlakukan dengan kejam apabila dia bukan saja ditendang, malah turut ditumbuk dan ditampar bapanya sehingga cedera di badan, mata dan kepala,” katanya.

Sumber itu berkata, sambil membebel kepada isterinya, lelaki terbabit terus menerus memukul, menumbuk dan menampar bayi berkenaan walaupun cuba dihalang wanita berkenaan.

“Lelaki terbabit turut mengatakan rasa tidak puas hati dan mendoakan supaya bayi berkenaan mati selain mempersoalkan isterinya mengapa tidak melahirkan bayi lelaki,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, isterinya yang tidak tahan perangai lelaki terbabit menghalang suaminya dan cuba melarikan diri bersama bayi mereka ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

“Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan mengundang kemarahan suaminya apabila dia sekali lagi mengamuk.

“Lelaki itu memukul dan menumbuk isterinya tanpa belas kasihan dan mengurung wanita berkenaan serta bayinya selama tiga hari dalam rumah bagi mengelak dua beranak itu melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun dua beranak berkenaan dapat melepaskan diri selepas lelaki terbabit keluar bekerja dan terlupa mengunci pintu rumah.

Ketika dihubungi Harian Metro, wanita itu yang meminta namanya dirahsiakan berkata, kekejaman suami ditanggungnya sejak hamil dan dia kurang pasti kenapa suaminya benci serta marah apabila dia melahirkan anak perempuan.

“Apapun saya bersyukur kerana suami terlupa mengunci pintu rumah. Jadi, saya dan bayi saya dapat melarikan diri ke rumah ibu yang tidak jauh daripada rumah kami,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu dia membuat laporan polis dan membawa bayinya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

“Anak saya cedera di beberapa bahagian badan dan ditempatkan dalam wad Hospital Ampang selama empat hari,” katanya sambil memberitahu suaminya tidak pulang ke rumah sejak kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan menjejaki lelaki terbabit yang dipercaya sudah melarikan diri.

sumber dr harian metro onilne

nota ummiaqeef : giler betul la..ade gak bapak mcm ni zaman sekarang..malas nak carut la pagi² ni..lu pk la sendiri..

Tuesday, July 20, 2010

lunch for today...sori ye bg yg berpuasa tu especially si shinnaz..hehe

tghari td my officer ajak lunch kat alamanda...
tp nmpk hari ni mcm x ramai org sgt..
terus ke mcD mase tu blm ramai lg yg beratur..
pas kitorg sampai makin ramai pulak..
so saya order ini..


nota ummiaqeef : makan panas²  pedas² laju² sedap juga..hahaha..

mood : sleepy..


pagi ni dah rase layu je mata ni..ape taknye,aqeef bgn pukul 4pg rengek² sbb mulut dia mcm sakit kot xtau la ade ulser ke nk tumbuh gigi geraham belakang ke sbb dia xmau minum susu dlm botol..BF pun xmau..dia xleh tido sampai ajak saya tgk tv..layan je la..bg minum air kosong je dlm cawan..saya susah hati je kesian pulak sbb kan mesti dia haus tu,slalu kalau dia tersedar mmg saya BF kan je tp dia xbole..puas saya intai² dlm mulut dia x nampak pulak ape²..

harap² aqeef ok hari ni..kalau x ok jugak kena bawak pegi klinik la check..dulu pernah kena ulser kat lelangit mulut dia byk pulak tu,meleleh je air liur dia..ni pun dah pedih je mata sbb x lena tido dibuatnye..

nota ummiaqeef : to shin, smlm i dah torai GCB tu tp x best la kat tekak i..hehe


Monday, July 19, 2010

empat putri kembar

Penantian 7 tahun berbaloi

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid

2010/07/19

JITRA: Penantian sepasang suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata menjadi kenyataan apabila dikurniakan bayi perempuan kembar empat di Hospital Pulau Pinang (HPP), Mei lalu.

BAHAGIA...Mohd Rizal dan Norhayu memangku (dari kanan) Putri Nur Adlina, Putri Nur Adriana, Putri Nur Afina dan Putri Nur Aina.
BAHAGIA...Mohd Rizal dan Norhayu memangku (dari kanan) Putri Nur Adlina, Putri Nur Adriana, 
Putri Nur Afina dan Putri Nur Aina.

Bagi pasangan Mohd Rizal Shaari, 33, dan Norhayu Mat Hanafi, 29, kelahiran bayi kembar empat itu memang tidak dijangka dan bersyukur kerana dikurniakan empat cahaya mata sekali gus.

Mereka terharu dengan anugerah tidak ternilai itu kerana sudah lama berusaha mendapat zuriat sendiri.

Mohd Rizal yang ditemui di rumah ibu mentuanya di Kampung Baru Asun, dekat sini, berkata, mereka terkejut apabila doktor yang melakukan pemeriksaan ketika permulaan isterinya hamil memberitahu bakal mendapat kembar tiga.

"Kami sudah membuat persiapan menyambut ketiga-tiga cahaya mata termasuk membeli pakaian dan peralatan mereka.

“Bagaimanapun, kami terkejut apabila isteri bersalin pada 4 Mei lalu anak kembar empat, namun amat bersyukur dengan anugerah itu.

"Keeempat-empat bayi dilahirkan itu tidak cukup bulan menyebabkan mereka ditahan di HPP, tetapi isteri dibenarkan pulang pada 28 Jun lalu manakala semua anak kami dibenarkan keluar pada 1 Julai lalu.

"Kami bersyukur semua kembar sihat dan tidak menang tangan melayan kerenah mereka,” katanya.

Mohd Rizal, juruteknik di sebuah kilang plastik di Pulau Pinang berkata, keempat-empat anak kembar seiras itu diberi nama Putri Nur Adlina seberat 1.2 kilogram (kg), Putri Nur Adriana (900 gram), Putri Nur Afina (1kg) dan Putri Nur Aina (1.1kg).

Sementara itu, Norhayu, suri rumah sepenuh masa berkata, suaminya terpaksa membeli barangan dan keperluan untuk seorang lagi kerana sebelum ini hanya membuat persiapan untuk tiga bayi.

Katanya, mereka berdua puas berusaha mendapatkan zuriat sebelum ini termasuk menggunakan kaedah rawatan moden dan tradisional selain berdoa.

“Pada peringkat awal kehamilan, saya amat risau kerana mengalami alahan serius termasuk kerap muntah dan tiada selera makan.

“Namun, saya bersyukur keempat-empat bayi kami selamat dilahirkan dan sihat.

“Penantian kami selama tujuh tahun untuk mendapat zuriat berbaloi apabila dikurniakan empat anak kembar perempuan yang comel,” katanya yang mahu menambah lagi zuriat pada masa depan.
 lihat berita di sini (sumber - myMetro)

nota ummiaqeef : kalau mcm ni x payah beranak dah..dah dpt 4 terus..hihi



Friday, July 16, 2010

citer di ptg hari dan saya yg sgt mengantuk sekarang ni..

aiyo..ngantuknye mata di ptg² hari ni..
alhamdulillah lunch tadi ade 2 officer sponsor makan..
diorg share order nasi tomato..
lupe nak snap gambo sbb masing² dah lapo..
bile dah kenyang mcm boring pulak xtau nak buat ape time lunch tu..
ape lagi ke alamanda je la..cuci mata sambil tercuci duit skali..hahaha
tetibe teringat choc-cheesecake smlm..
cc kat sini punye besday so dia beli kek utk kami makan..haha..
 

 pic dr google

sekali i balun 2 slice..hahaha..


nota ummiaqeef : sila lah terliur..dptkan di kedai kek berhampiran anda..hihi

Thursday, July 15, 2010

semalam x sempat update belog..pagi ni saya panaskan enjin dulu..

morning uolls...
pagi ni mcm no idea la nak citer pasal ape..
bg tgk gambar aqeef je la..hehe..
hubby saya baru blaja gune camera dia..
sori kalau menyemakkan mate uolls..hihi..







nota ummiaqeef : hari ni sgt tidak bermotivasi..wake up roxy!

Tuesday, July 13, 2010

dapat lg 1 hadiah smlm..

asik² citer semalam nak update..
pagi td no mood nak update..
mcm² hal kat opis..ngan surat..ngan inspection MAMPU..
hari ni lps dpt mkn free KFC dr sorg officer ni jadi segar pulak..hahaha
smlm dpt lg 1 hadiah contest tu..
dari blog myBaBylike
means ade lg 2 blog yg blm suruh claim..hehe
dah 2 helai t-shirt aqeef.. yeah..


nota ummiaqeef : save duit nak beli baju raya aqeef..hehehe..

Monday, July 12, 2010

suami saya dan hobi barunye..

jumaat lepas suami saya ajak pegi alamanda..
saya pun ikut la xtau tujuan sebenar..
terus dia masuk fotokem..rupenye nak survey SLR..
ingat x entry saya pasal idaman hubby saya yg ini
hubby saya kalau dia kate nak,mmg dia x kira msti dia nak dptkan juga..
mungkin la saya x berapa arif bab tu rase bosan gak tunggu..
sudahnye saya bawa aqeef ke playard budak² tepi parkson tu..
tgk² dia dah bawa beg camera dan gadjet²..
rupenye dia beli terus ingatkan survey saje..haish!
dpt yg ini pun jadi lah sbb dia idamkan nikon D90 tu..over tau!
balik tu siap singgah kat jambatan lg duk snap sane snap sini..
huh...saya dan aqeef sampai terlelap dlm kete tggu dia..hahaha..
kat rumah segenap sudut dia snap..geleng kepala saya tgk dia..
aqeef yg tidak bersalah pun jadi mangsa model x bergaji..haha
xpe la..asalkan dia hepi..
hari ni hubby mc sbb batuk + selsema..
jangkit dari aqeef..
semoga b dan aqeef cepat sembuh..

nota ummiaqeef : saya x reti nak gune so duk diam² je..hehe


pulut kuning + kari ayam

morning uolls...
hari ni bos i outstesen..
so,saya bole buat keje ikut mood saya..hehe..
smlm mama auni ade call nak bg something..
so,pas maghrib tu dia dtg bg pulut sama itu kari ayam..
blm sempat saya bukak dr plastik aqeef sudah ready..
mcm tau² je tu makanan..hehe


 
feberet aqeef tu..lihat saje la..


nota ummiaqeef : betul ke org kate kalau budak kecik mkn pulut nanti gagap??


Friday, July 9, 2010

dah dpt hadiah contest semalam..

ape daa smlm punye citer baru nak publish...
lately bz skit la..ni pun dah nak balik baru nak post entry..
saya dah dpt hadiah yg saya claim dr Baby Kids Love
sbb dpt tmpt ke-10 seperti di entry ini
dpt 4 sponsor utk claim hadiah
tp baru ada 2 sponsor yg dah emel saya mintak claim dari blog mereka
hihi..smlm baru sampai 1
saya mintak yg ini


 dan inilah rupe t-shirt tu


nota ummiaqeef : dapat la buat tambah² baju aqeef..hihi..


Thursday, July 8, 2010

cik sona saya dah sihat selasa lepas..i likeeee!!!!!

 dah 3 hari memandu cik sona yg cedera aritu..
melayang $$$
pengalaman menyedarkan saya supaya lbh berhati²..
dan saya menjadi lebih berhemah selepas itu..

before

.
.
.



after 
.
.
.



nota ummiaqeef : saya lom ganti lg $$$ hubbyku yg melayang tu..
jgn risau b,nanti syg kuarkan duit saving..siyes..adus..sayangnye..uwaaa!!

selak² album aritu jumpa gambar mase pegi honeymoon..hahaha..lawak je..

aritu aqeef duk belek² album saya..
dia tgk gambar kawin saya n abah dia...
gambar mase pegi honeymoon..
mase tgk gambar kawin tu dia pandang je..
mesti dia pelik ngape dia non ado..kahkah..
saje je publish gambar dolu² pas kawin..malu i..
jgn gelak ok..

 sang rimau tu tido je kojenye..

ni pulak gambar mase potong kek di majlis persandingan..
ade dlm dvd tp malas nak upload..
ni snap pakai kamera je..hehe

OMG..saya kah itu?
sgt cun melecun..wakakaka..
bile ntah nak mekap begitu lagi..
hihi...

nota ummiaqeef : to lijah n shin, jgn gelak lbh²..kang nangis..hehe


Wednesday, July 7, 2010

newborn baby lagi..

tengahari tadi pegi melawat opismate yg baru lepas bersalin kar spital putrajaya..
bile pegi spital je teringat mase bersalin dulu...
macam seram je..haha..ape2 ntah..
tgk baby geram je rase mcm nak baby lg..tettt...
tp baby boy ni sgt bam bam..
geram nak geget² je pipi dia..hehe


nota ummiaqeef : congrate to lutfi dan zalilah..
selamat menempuh cabaran menjadi ummi dan walid..hihi

saya dpt cokolat !

pagi td ade travel agent antar beg utk my bos..
ekceli beg tu patut dapat mase bos i nak travel ke london last month..
tp atas sbb² yg xdpt dielakkan, beg tu terpaksa dihantar lps bos balik dr london..
tup tup bos dah balik dekat sebulan dah baru dia nak antar..
smlm saya call agent tu baru dia kate akan antar hari ni..
so,dia dah dtg td bawa beg dan 2 butir cokolat..hehe
besar sgt la..saya x habis..dah bg kat kengkawan makan..


nota ummiaqeef : saya x suke cokolatnye,suka kacangnye je..boleh? ngeh..ngeh..

saya ditag..

tag dari cik anim

3 nama samaran kamu :

roxy
bett
ummiaqeef

5 tarikh penting dlm hidup kamu

31 october 1983 - my besday
3 disember 1981 - hubby's besday
8 disember 2007 - anniversary
14 september 2008 - aqeef's besday
24 april 2004 - tarikh masuk keje goment

5 perkara kamu buat semalam :

antar aqeef umah babysitter
pegi keje - keje - balik keje
amik aqeef singgah kedai
masak - dinner
tgk tv - tido

5 perkara yang buat anda gembira

berkumpul dgn my family
shopping
dapat hadiah
hang out / travelling
melihat telatah aqeef

5 hobi kamu :

Fbing
Blogging
shopping / window shopping
hang out
melayan karenah aqeef

5 tempat percutian idaman kamu:

redang
perhentian
phuket
disneyland
paris

5 sebab kamu jawab tag ini :

dipaksa (haha)
bos xde pagi ni
bosan
lame x update blog
ade mase free

5 rakan lain yg ditag :


malas nak tag sesape..tp kalau sesape yg rajin nak buat dialu2kan

nota ummiaqeef : masih non ado mood utk berblogging.. uwaaargghh..ngantuk..


Monday, July 5, 2010

tempat ke-10 : MOBS Parents Day Look Alike Contest

alhamdulillah rezeki..
tadi dapat tau aqeef pemenang ke-10 MOBS Parents Day Look Alike Contest 
saya tgk ramai yg muka mirip² parent dan anak masing²..
tapi x sangka aqeef n abah dia terpilih salah satu daripadanya..
lihat semua pemenang di sini
tq MOBS

10th Prize
Contestant #5
PARENT NAME :
DAD : AMINORLAH BIN ABDOL RAHIM
NAME : AQEEF IRFAN BIN AMINORLAH
emel : sya_ziana@yahoo.com

 dapat hadiah :
 
10th Prize (RM90)
RM30 voucher from Celebrity Mum
RM20 voucher from Little Butter Angel
RM20 voucher from My Baby Like
RM20 voucher from Baby Kids Love

~ Thank You Very Much ~


weekend yg membosankan....

morning uolls..
lame giler saya amik mase nak post entry ni...mcm² kena buat..hehe..
sabtu lepas kami x ke mane sbb hubby bawak cik sona pegi repair..
kes kecederaan cik sona kat sini
saya tinggal 2 beranak kat rumah..breakfast adalah simple iaitu :


seb baik hubby sempat makan sblm kuar..kalau x kecik ati den..hehe
hubby i balik lewat hari tu..ptg tu saya bawa aqeef main kat taman ngan auni dan mamanye
x lame tu dah ujan..terpaksa berlari balik rumah...hihi
mlm tu hubby ajak kuar..g MAEPS kat serdang tu ade jualan mcm pasar malam...
jual baju...mainan...makanan...mcm² ada...tp saya x beli ape pun..lupe nak snap gambar..

ahad pun same duduk rumah..tapi ada kawan saya ajak pegi warehouse my dear tu..
kebetulan saya keboringan ngan aqeef...so saya pun join la laki bini tu..
dia nak cari keperluan menyambut baby baru diorg...
saya pun sbuk² kat situ dgn mengangkut aqeef skali..huhu
mmg murah² lg² mase tgh lelong tu..
walker rege rm20-rm30 je..bouncer..skuter..mcm² la..
kat situ sumer jenis beskal dia nak torai..seb baik berikat..kalau x harus dia hangkut..haha
tp saya dgn rela hatinye membelikan sebuah beskal utk aqeef..
ikutkan kaki dia lom sampai lagi nak kayuh..tp saje je beli bole pakai lame..huhu
so dia naik je la saya sorong..hohoho!

nota ummiaqeef : blm ada mood nak berblogging..bos ada payah skit..hehe


Thursday, July 1, 2010

Video porno Ariel, BCL?


2010/07/01

JAKARTA: Belum selesai kes video seks Luna Maya, Ariel dan Cut Tari, kini tersebar pula dakwaan wujudnya video porno Ariel-Bunga Citra Lestari (BCL).
Video berkenaan dikatakan beredar dalam bentuk VCD.

BUNGA Citra Lestari.
BUNGA Citra Lestari. 
 
Polis Jakarta berkata, pihaknya sudah bersedia melancarkan siasatan jika video itu benar wujud.
VCD porno itu dikatakan dijual penjual VCD di Manado, Sulawesi Utara dengan harga cukup tinggi, 400,000 rupiah (RM144) sekeping.

Ketika diminta mengesahkan kebenarannya, polis berkata, mereka belum menerima maklumat mengenainya.

Jurucakap polis, Brigadier Jeneral Zainuri Lubis ketika ditemui di Jakarta berkata, pihaknya perlu mengesahkan kewujudannya sebelum mula menyiasat. “Jika ada gambarnya, kita akan menyiasat. Selepas itu, kita akan tentukan pula tindakan lain,” kata Zainuri.

BCL, isteri pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair, pernah diminta mengesahkan dakwaan itu.

Pengurusnya, Dodi bagaimanapun menafikannya.

“Bunga tidak pernah dekati Ariel kecuali berkait dengan kerja,” kata Dodi.

Pasangan itu hanya dikaitkan kerana mereka pernah dilihat jalan bersama pada 2007.

Ariel ketika itu berkata, hubungannya dengan penyanyi lagu ‘Pernah Muda’ hanya sekadar kawan. - Agensi
(sumber dr harian metro online)


nota ummiaqeef : uiks..ramai gak artis terbabit ni..power ar ariel! hahaha

:: my little helper ::

alhamdulillah skang ni saya tgk aqeef rajin tlg saya di rumah..
kalau dpt anak pompuan rajin camni kan bagus...huhu

kebiasaannye kerja² rumah yg biasa dibantu seperti :

potong² sayur/bahan² masakan :aqeef akan bantu masukkan bahan² yg saya dah potong² ke dlm bekas..keje² menumbok lesung : mmg dia volunteer tp kadang tu saya larang coz takut terpercik kat mata..memasak / menumis : aqeef akan minta saya dukung sbb nak tgk saya saya masak or menumis waktu makan :sedia amik paper lame nak alas pinggan utk dia makan..coz mkn kat bawah.. 

basuh baju : bila saya masukkan baju kotor dlm bakul dia pun menyibuk nak bantu..dia akan pass kat saya baju utk masuk dlm mesin..sidai baju : bile saya hangkut bakul baju yg dah ready utk sidai..dia sbuk nak pass baju tu kat saya..blm sempat nak hanger dia dah bg yg lain dan seterusnya.. angkat baju : bila saya nak angkat baju yg dah kering dia start la angkat baju2 dia yg saya hanger kat bawah skali..mudah dia capai..dgn hanger2 skali masuk dlm bakul ok! lipat baju : seb baik dia blm pandai lipat lg..tp baju bersih yg dah angkat tu dia akan tolak bakul tu ke dpn tv tmpt saya slalu melipat kain baju..simpan baju :  bila dia tgk saya hangkut baju yg dah siap dilipat ke dlm bilik,start la dia nak angkat jugak..tp saya bg skit je la kang roboh lak susunan yg saya dah lipat..haha.. 

menyapu & mengemop : pantang saya pegang penyapu or mop mmg dia nak ambik dr saya..payah tul la kalau rajin sgt camni..kalau bersih xpe jugak..hahaha..

sila layan gambar mlm td sbb smlm saya baru beli mop baru kat jualan di opis ni..
RM20 je,kat jusco rege RM29.90 kate brader yg jual tu..hehe

 mop di mana² ye..di tikar..

 di dinding..

mop sampai licin ye...

 di carpet juga..
(x sempat amik gambar dia mop carpet..huhu)

dah penat..rehat jap..hehe




nota ummiaqeef : modah²an aqeef menjadi seorg yg rajin smpai dewasa..hehe..


:: LABEL ::

2nd jr. (5) aidilfitri (3) aqeef (70) avent (1) award (11) baking (1) bebel (1) besday (4) BFF (4) blogger (1) blogging (16) car (2) contest (51) course (3) emo (8) family members (7) FB (1) friends (3) geng gedix (14) gosip (1) hang out (36) hometown (2) hubby (7) iklan (1) info (17) internet (1) makan2 (24) masak2 (9) me (26) me hubby (3) muvie (10) my family (27) my stuff (10) newborn (1) no idea (8) nuffnang (3) opis (31) parenting (21) personal (12) pregnancy (9) ramadhan (2) random (5) reward (1) rumahku syurgaku (7) sales (5) shopping (13) tag (12) taska (6) vacation (4) video (6) weekend (2) wordless (2)

:: FOLLOWER ::

"MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST"

"MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST"
until 11 June 2010

THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST

THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST
i win consolation prize