Friday, June 18, 2010

Saiful Apek, lima rakan bebas reman




SAIFUL Apek dibebas selepas direman lima hari di  IPD  Subang Jaya, semalam.
SAIFUL Apek dibebas selepas direman 
lima hari di IPD Subang Jaya, semalam.
 
2010/06/18

Polis puas hati siasatan kes dadah

KUALA LUMPUR: Pelakon komedi terkenal, Saiful Apek, 41, atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamad Yusoff yang ditahan bersama lima rakannya kerana mengambil dadah di sebuah rumah di PJS7, Subang Jaya, Sabtu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata pelakon komedi itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya selepas keterangannya diambil. “Tempoh tahanan reman pelakon itu dan kawan-kawannya tamat hari ini (semalam) dan polis berpuas hati dengan siasatan setakat ini. Walaupun mereka dibebaskan, tidak bermakna siasatan sudah tamat.

“Polis akan terus melakukan pemerhatian terhadap semua suspek,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Mengikut laporan akhbar sebelum ini, Saiful Apek diberkas sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dalam serbuan di rumah itu kerana mengambil dadah bersama rakannya, termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an.

Dalam serbuan jam 10 malam itu, polis turut merampas 40 gram daun kering dipercayai dadah jenis ganja.
Hasil ujian saringan air kencing terhadap pelakon yang pernah mengarah dan menerbitkan filem serta rakannya kemudian mendapati semua mereka positif dadah.

Semua suspek kemudian direman selama lima hari bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Saiful Apek pernah dinobatkan sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003. (sumber - BeritaHarianOnline)


nota ummiaqeef : dah la i suke lawak dia..x kering gusi kalau tgk aksi dia.. hehe

No comments:

:: LABEL ::

2nd jr. (5) aidilfitri (3) aqeef (68) avent (1) award (11) baking (1) bebel (1) besday (4) BFF (4) blogger (1) blogging (16) car (2) contest (51) course (3) emo (8) family members (7) FB (1) friends (3) geng gedix (14) gosip (1) hang out (36) hometown (2) hubby (7) iklan (1) info (17) internet (1) makan2 (24) masak2 (9) me (26) me hubby (3) muvie (10) my family (27) my stuff (9) newborn (1) no idea (8) nuffnang (3) opis (30) parenting (21) personal (12) pregnancy (9) ramadhan (2) random (5) reward (1) rumahku syurgaku (7) sales (5) shopping (13) tag (12) taska (6) vacation (4) video (6) weekend (2) wordless (2)

:: FOLLOWER ::

"MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST"

"MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST"
until 11 June 2010

THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST

THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST
i win consolation prize