Thursday, February 17, 2011

feberet fruit aqeef

harini terlajak tido (lagi?). gara² dah set alarm jam 6pg tp matikan. tu yg sedap je lelap siap termimpi² lagi. sedar² je dah terang,haha. heaven kan?

smlm ada majlis CNY kat opis tp kul 4ptg baru nak start? high tea je la. xde snap gambar, sbb masing² dah kelaparan,haha. malas citer ar.. balik rumah smlm x makan dah. kenyang sampai malam. suami makan murtabak gergasi je, gergasi? scary x? suami tgglkan sepotong kecik utk saya. apakah? mmg sy x nak pun..tp dia mesti nak tinggalkan skit utk saya..hehe. saya masak lauk utk aqeef je. lepas makan nasi, aqeef buka fridge, 'nak uah(buah)' sambil tunjuk buah dragon yg dia request mase di pasar tani selasa baru ni. terpaksa la potong kan. 'awak uah wiwi' (bawak buah depan tv) sambil bawa mangkuk ke depan tv. saya potong separuh je, separuh lg simpan.

dia ngap ngup ngap sorang², saya ngap skit je. dah habis dia mintak lagi, 'uah agi'... saya kata dah habis tp dia x percaya coz dia ternampak saya simpan lg separuh. terpaksa potong lg separuh dari separuh dan sorokkan x kasi dia nampak. dia ngup ngap lg sorang² sampai habis. kendian dia mintak lagi, 'uah agi'.. terus saya ckp, jom main abc. dia pun ckp, 'abc' sambil tinggalkan mangkuk tu.. yea berjaya! bukan x kasi dia makan buah tu tp dia mkn byk sgt hampir sebiji tu. xtau la budak kecik elok ke makan buah tu? nanti dia poo poo kuar bijik² itam tu, yeks!


habis merah mulut mkn buah tu.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


selain buah dragon ni, feberat fruit dia ialah pisang. tp haritu nak beli pisang dia dah nampak buah dragon ni dulu. so dia x nak pisang, haih! dah pandai demand ye..anak korang suke mkn buah apa?

mode : belum sihat sepenuhnya.. uhuk-uhuk! hak...tuih!

Monday, February 14, 2011

not feeling well..

i'm not feeling well! heavy flu sejak weekend. last week cuma batuk² saja. bila x sihat ni sgt x produktif la. rase lemah 1 badan, nak buat ape pun mcm x larat. ni la akibatnye malas jumpa doct.

sejak batuk² ni, tidur malam ku terganggu. mmg x lena tido lah. asik tersedar je bila batuk. 3 beranak kena batuk selsema. tp sy paling teruk lah. makan pun x selera, rasa nak landing je. tp kalau diajak berjalan, laju aje. haha. tu la ubat sakit, x gitu.. ingatkan hari ni nak mc je tp malas pulak. datang keje jugak lg pun my bos outstation hari ni. rileks skit lah, xde bz mcm slalu. eceh, bz la sgt,ekeke.

tp kan kat opis ni mesin fax rosak. bunyi ringing je tp x kuar surat pun. disebabkan mesin fax ade kat depan meja saya ni, so saya ade tugas baru. bila ringing, saya kena pick up phone fax tu-tekan fax start-dan letak semula ganggang utk receive fax tersebut. mcm itu la saya kena ulang setiap kali bunyi fax. seronok kan kengakawan? saya suka buat keje ni. (mata pandang atas sambil tgn di dada). kalau bos xde ni bole la tonggeng² skit sbb malas nak jalan ke mesin fax tu. kalau bos ada, jgn lakukan ini di pejabat anda! bimbang bos x tentu arah dlm bilik dia..miahahahaha....

ok, saya stop di sini. masa² bos xde ni bole la settle kan keje² yang tertunggak tu. mood berblogging juga menurun bila x sihat ni. maaf ye kengkawan, x sempat nak BW sgt.

happy blogging!

~perempuan lesu usung tisu~

Thursday, February 10, 2011

GEMUK menurunkan potensi kesuburan?


pagi td beli majalan mingguan wanita. cover majalah tu gambar pengantin ayu raudhah & zaquan adha. biase kan saya kalau nak beli majalah mesti tgk model coverpage majalah tu. haha. kejam x? pastu ade tajuk kat coverpage tu yang menarik perhatian saya nak beli. (seperti tajuk entry).

td mase selak² helaian tu terjumpa page tajuk ni. ckp pasal gemuk saya perasan skarang ni mmg dah gemuk. jeans dah ketat. kena berusaha turunkan berat badan ni. tp pelik lah, lemak ni dah tepu agaknye. bile timbang x berubah pun? oh no! masalah berat badan saya dah kritikal ni. kena buat sesuatu utk kurangkan kilo. antara caranya ialah :
i) perbaiki pola pemakanan atau pantau diet harian - adoi,ni masalah paling susah ni.
ii) ambil air kosong secukupnya - ni bole tahan lg.
iii) cukupkan istirahat - balik rumah nak rehat la. suami, sila bantu saya buat kerja rumah.
iv) rutin senaman - jom bersenam! lame dah x bersenam.

nota ummiaqeef : shin, bile nak jogging lg ni? sekali je haritu dah pancit. hahaha.


heavy cough - sore throuts

saya mengalami sakit tekak yg melampau + batuk yang berlarutan. tanda² nak dpt mc x? haha. suami suruh pegi klinik amik mc. tp malas la nak pegi klinik sbb dah dtg opis. tgk la kalau melarat nanti pegi lah. smlm balik keje rase lemah yg amat. tanya suami nak makan ape, dia kata nak makan roti ngan sosej je. so balik keje singgah petronas cucuk duit dan beli roti. makan la 3 beranak. roti + sosej + scramble egg + baked bean. kenyang sampai malam.

nak basuh baju pun x larat. malam pun mase tgk tv mata ni mengantuk sgt. rase nak baring je, sampai terlelap. sian aqeef tgk dvd sorang². tgk tv last² tv tgk tuan. suami balik dari main badminton kejutkan suruh mkn ubat batuk dulu sblm masuk bilik. pg td seb baik set alarm, bgn awal dan sempat bawak bekal.

batuk² makan baked bean?

nota ummiaqeef : dpt berita pg ni, my bff dah preggy. tahniah n take care dear!

Wednesday, February 9, 2011

short entry

hari ni i overslept lah. lupe nak set alarm, sedar² tgh dah siang. haih! giler gelabah duk bersiap. seb baik sempat sampai sebelum kul 8. dtg lg 1 masalah, suara pulak x berapa nak ade..camane ni? camane nak jawab call? camane nak ckp ngan bos? td ckp ngan bos dia pun mcm x phm sgt,haha. sori ye bos, masalah teknikal skit. sape yg call saya jgn terkejut dgr suara ilang² ye..

nota ummiaqeef : dr pg td taip x siap² entry ni. mood blogging merudum..



Monday, February 7, 2011

mode : masih mood cuti..

dah tenghari baru terhegeh² nak update belog. mood x mari lagi la. mcm ni la kalau dah cuti lame, kemain liat nak pegi keje. mmg tidak bermotivasi sungguh la. mujur ada bos harini, kalau xde lg double mim alif lam sin nya.. mata pun dah layu mcm mata garfield gara² layan piranha mlm td sblm tido, scary lah muvie tu!

dlm entry ni, nak buat rumusan je sepanjang CNY baru² ni. hari kamis kan dah start cuti CNY tu. tp seharian duduk rumah coz suami ade hal skit. setelah memikirkan beberapa simptom seperti kurang selera makan, mak di kg yang assume saya akan balik, cuti yg agak lame dll faktor yg terlibat, so saya sms suami bg cadangan nak balik kg.  mujur mood dia ok dan setuju. so, sementara tunggu suami balik, saya dah kemas luggage, cewah. mcm nak balik sebulan kan, pdhal 2-3 hari je..bawak 1 small luggage & 1 bagpack je.

tp balik pun dah lewat malam, dlm jam 9.30mlm gerak. giler speed suami drive memalam, sampai kecut perut saya. dah la area kulai - kota tinggi tu golap xde lampu jalan. mula la terpikir tetibe ternampak antu kak limah ke muncul kat celah² kebun kelapa sawit tu. pastu asik² toleh seat belakang sbb aqeef kat belakang, kot ade yg tumpang same..haih! pengaruh sungguh. jalan raya pulak berlubang² dr kota tinggi nak ke rumah saya. mmg mencabar. setelah bersengkang mata gara² kecut perut mcm naik kete F1, akhirnya selamat sampai ke rumah parent saya dalam jam 1.30 pg.

hari jumaat lepas solat jumaat pula, kami sekeluarga kuar makan² kat masai area rumah akak saya. balik rumah dah malam. penat dan rehat² saje sambil menonton muvie HKLBR. sabtu tu dah nak balik putrajaya. bertolak tenghari lepas lunch dan xleh nak speed siang² takut ade speed trap, hehe. area nak sampai senawang tu dah stuck jem. mujur x lame sgt sbb kami balik putrajaya ikut tol nilai.

budak ini sebelum terlelap dlm kete sempat posing² dengan sunglass ummi dia..

                                             buat rambut pacak..haha                         cermin mata letak di mana?

                                             sunglass lg besar dr tuan                 cermin mata letak di kepala = cermin kepala

cheeky face yg slalu dirindui..

nota ummiaqeef : dah setengah hari mood masih belum mari...

Wednesday, February 2, 2011

entry pendek di pagi rabu

harini best la, pg td kuar lambat skit tp sampai opis 10 min je.
slalu ambil mase dlm 20min ke atas depends pada kesesakan lalulintas.
harini nak parking pun bole pilih nak parking mane coz mmg kosong byk.
kalau hari² mcm ni kan best. haha. (ayat sedapkan hati sbb org lain cuti)

nota ummiaqeef : di hari tenang dan sunyi ni bos ade pulak. so, keje dan bz jalan seperti biase..

Tuesday, February 1, 2011

GDO @ MV

lame x update blog, balik2 itu je ayat yg keluar bile dah lame x update blog.
harini cuti hari wilayah, uolls ke mana?
mesti ramai yg amik cuti extra esok dan balik kg kan?
saya? non ado plan lg..
nak balik kg, risau kan banjir yg melanda.


GDO @ MV? ape tu?
sape terror sila teka...




















maksudnya......adalah.............




















Girls Day Out @ Mid Valley!

sapa jawab betul, sila tepuk tangan!!!

harini disebabkan suami x cuti coz dia keje di selangor, saya pakat dgn geng se'opis nak berjimba di MV.
nak harap suami bawa? mase couple2 dulu ade la sekali dua dia bawa ke sane.
dah kawin? non ado uolls. kadang teringin nak pegi ke mall2 yg ade di lembah klang ni.
aqeef mcm biase, transit rumah babysitter kejap. bukan x nak bawak tp memikirkan keadaan nak naik tren berhimpit2, turun naik tangga bagai,tu blm adegan kejar mengejar lg. x sanggup mak nak!


lapar tahap max nih

tujuan utama nak jalan2 je sambil menikmati balance2 sale yg ado.
brg yg dibeli mmg betul2 mengikut shopping-list. 3 brg je? bravo! syok sendiri? dulik!


ni kaki lenguh lg x hilang nih. haha. rasain!
ptg pulak rasa mcm letih nak memasak. alasan kan? terpikir kat kepala ni,ade pasar tani lah hari ni. rehat kejap pastu ingat nak cari makanan kat pasar tani.
pegi 2 beranak ni. abah aqeef balik lambat skit. beli kebab 2 keping ngan kuih deram, tetibe hujan. seb baik stand by payung. bak kata pepatah, sediakan payung sblm hujan. tp kami mmg bawak siap2 coz dah nampak rintik2 ujan kat cermin depan kereta.
hambik! dengan tgn bawak makanan, sambil dukung aqeef sambil pegang payung.
kalau ade sesapa nampak perempuan terkocoh2 pakai track bottom polisas dukung budak sambil pegang payung ngan makanan tu la acik roxy! haha.

jiwa sedang gundah gulana, sebab sentap dgn roomate saya. tahu kan siapa.
kalau sentap ni, suke sgt buat muka pastu tetibe jadi rajin.
basuh baju yg blm bertimbun lg, lipat kain baju habis kosong ampaian.
sempat lg iron baju keje dia utk esok. bagus x?
so x membuang masa di situ. sambil sentap sambil buat keje.
bagus gak sentap2 ni kemas skit rumah kan..haha..

nota ummiaqeef : panjangnye karangan harini..cerita 3 in 1. cam instant coffee pulak. hrm..

menulis sambil fikiran melayang.

:: LABEL ::

2nd jr. (5) aidilfitri (3) aqeef (70) avent (1) award (11) baking (1) bebel (1) besday (4) BFF (4) blogger (1) blogging (16) car (2) contest (51) course (3) emo (8) family members (7) FB (1) friends (3) geng gedix (14) gosip (1) hang out (36) hometown (2) hubby (7) iklan (1) info (17) internet (1) makan2 (24) masak2 (9) me (26) me hubby (3) muvie (10) my family (27) my stuff (10) newborn (1) no idea (8) nuffnang (3) opis (31) parenting (21) personal (12) pregnancy (9) ramadhan (2) random (5) reward (1) rumahku syurgaku (7) sales (5) shopping (13) tag (12) taska (6) vacation (4) video (6) weekend (2) wordless (2)

:: FOLLOWER ::

"MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST"

"MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST"
until 11 June 2010

THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST

THE UNIQUE WEDDING PHOTO CONTEST
i win consolation prize